Apa kena dengan Mahfuz ni? Sakit mental ka apa? Sedih aihh.. mentaliti ahli parlimen Pokok Sena macam ni..
Ketua penerangan PAS menyindir keputusan Umno yang tidak bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Chempaka bulan depan dengan alasan "perpaduan ummah".
Dalam kenyataannya, Datuk Mahfuz Omar berharap Umno tidak bertanding dalam pilihan raya kecil atau umum selepas ini.
"Dengan keputusan yang dibuat ini, PAS berharap agar Umno tidak lagi menghantar calon di dalam mana-mana pilihan raya kecil mahupun pilihan raya umum kerana ia secara tidak langsung mengakui Umnolah punca utama perpecahan yang berlaku dalam kalangan masyarakat," katanya.
"Apabila Umno bertanding di dalam pilihan raya, suasana perpecahan dan perbalahan sering berlaku kerana Umno sering memanipulasikan jentera kerajaan untuk kepentingan partinya sahaja dan sekali gus mewujudkan padang permainan yang tidak rata," katanya.
Umno tidak akan meletakkan calonnya dalam pilihan raya kecil kerusi Chempaka bulan depan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat baru-baru ini.
Ketua penerangannya Datuk Ahmad Maslan berkata keputusan itu dibuat bagi memberikan tumpuan pada usaha pemulihan Kelantan akibat banjir besar tahun lalu.
"Umno tidak bertanding di DUN Chempaka. Tumpu selesai bantuan banjir dan perpaduan ummah," katanya dalam mesej di Twitter.
Rasanya dia ni jiwa kacau, kurang kasih sayang.. patutnya bagi la komen yang bernas. Ini tak, semuanya dia nak bantah. Dah nama pembangkang, perlukah bangkang semua?
McTheory:
Kalau budak-budak ni, mau kena sekeh dah..